iKUTI PERBUALAN DAN PERBINCANGAN DALAM TALIAN RAKAN-RAKAN FB MENGENAINYA:
guru bahasa Melayu, sila lihat dan beri perhatian dan ambil tidakan sewajarnya.
1. baru dan baharu
Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Bahasa DBP pada 16 Ogos 2010, dan disahkan pada 8 November 2010, mengesahkan bahawa ejaan perkataan "baru" dan "baharu" itu adalah variasi ejaan yang dapat diterima pakai. Tidak ada perbezaan makna dan fungsi nahu.
2. "Tok" dan "Tuk"
Ejaan perkataan "Tok Pelanduk" atau "Tuk Pelanduk" sebagai nama khas juga dibenarkan.
Editorial perlu memilih salah satu dan menggunakannya dengan konsisten.
Abdullah Hassan Tuan Rashid, peraturan ini tidak membezakan kedua-duanya. Lagi mudah. Apa pun ejaan yang digunakan tidak salah.
Rashid Yusoff Prof masa saya sekolah dulu sering diingatkan bahawa pelusuk dan pelusok beza makna..jadi saya sering keliru bila menulis..benarkah ada beza makna?
Abdullah Hassan Ejaan yang betul adalah "pelosok." Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat , 2005, halaman 1167.
Jimadie Shah Othman Satu pertanyaan: Bloger, pemblog, jurublog? Mana lebih sesuai? Harap cerahkan saya. Terima kasih.
Abdullah Hassan
Ejaan "bahru" dan "bharu" ini satu perkara lain. Ini adalah akibat merumikan ejaan jawi ba-ha-alif-ra-wau. Ada sejarahnya, maka timbullah ejaan:
Johor Bahru dan Kota Bharu.
Kedua-duanya memang boleh terjadi sebab dalam ejaan jawi huruf saksi ...(vokal) tidak dituliskan. Oleh sebab itu orang Johor meletakkan voka "a" selepas "ba" menjadi "bah-ru, tetapi orang Kelantan meletakkan vokal "a" selepas "ba" dan "ha" menjadi "bharu."
Abdullah Hassan Tidak perlu buat apa-apa Puan Hariani. Biarkan saja, apa pun pelajar buat tidak salah; "baru" betul, "baharu" pun betul. Makna "belum lama" betul, dan "sekejap" pun betul. Jangan jelaskan apa-apa. Tidak perlu. Bagaimana mereka mengeja pun te...tap "betul," apa maksud yang mereka gunakan pun semuanya "betul." oleh sebab itu jangan diwind atau unwind apa-apa. Maklumat ini untuk guru. Bukan pelajar.
Abdullah Hassan Tuan Jimadie, gunakan "bloger" saja. Semua orang faham.
Afanizam Badarudin
kita ikut sahaja keputusan mesyuarat, Yang buat keputusan semuanya adalah pakar bahasa yang berwibawa.
Bagus juga guna istilah bloger, tak pun guna saja penulis blog.
Apapun terima kasih prof atas perkongsian ilmu. Harap-harap boleh kongsikan... banyak lagi ilmu dengan rakan FB.
Ali Bukhari Amir
saya juga keliru antara 'murtabak' dan 'martabak' Prof. Di Singapura, (malah di Malaysia pun) ada papan tanda menulis murtabak.
Tapi, ada pandangan menyatakan bahawa martabak itu jua yg benar, adanya.
Persoalan lain - jika saya ingin menyuara...kan pandangan untuk masuk kan istilah baru ke dalam Kamus Dewan, apakah saya kena hubungi jawatankuasa tertentu?
Sekian, terima kasih dan salam pencerahan...
Fatimah Abdullah dalam kuliah dan penulisan saya guna perkataan "mertua" tetapi pelajar selalu tulis "mentua", bgritu juga antara "perceraian" dan "penceraian"
Abdullah Hassan
Terima kasih Puan Zanariah. Ada juga perkara yang terlepas daripada pandangan saya.
Ulasan Puan mengenai "perceraian" (kejadian bercerai) dan "penceraian" (perbuatan menceraikan) ada pada halaman 269 Kamus Dewan edisi keempat. Ada baiknya gu...ru merujuk kamus ini apabila ada kemusykilan supaya tidak perlu menunggu "pakar."
Perkataan "mentua" dan "mertua" ini kedua-duanya ada dalam bahasa dan kamus kita. Perkataan "mentua" ada dalam Kamus Dewan Ed IV, halaman 1022., dan "mertua" pada halaman"1026. Perkataan "mertua" ini datang daripada bahasa Indonesia Jakarta, atau bahasa Indonesia umum. Ramai orang menggunakannya di Malaysia.
Sekiranya kita dengar dengan hati-hati, orang Malaysia lebih banyak menggunakan perkataan "mentua" sekalipun kita merasakan perkataan "mertua" lebih banyak digunakan. Sebenarnya "mentua" lebih lazim." Cuba dengarkan betul-betul!
Apa pun, kedua-duanya boleh digunakan. Pelajar tidak boleh disalahkan apabila memilih satu daripadanya. Sekalipun berlainan daripada kelaziman kita.
Nazmi Yaakub
baik murtabak atau martabak, yg penting rasanya sedap. keh keh keh
kamus ni patutnya setahun sekali kemas-kini. kamus dewan edisi 2005. lima tahun banyak benda berlaku, kurang2nya satu pilihan raya, berbelas pilihan raya kecil, macam2 teknol...ogi baru masuk, perkataan hilang tanpa nisan.
No comments:
Post a Comment